Batik Lukis
Batik lukis menggunakan canting dan lilin. Warna sama seri di kedua-dua belah kain. Jalinan dan warna adalah penuh gaya serta mempunyai identiti corak tersendiri kerana dilukis oleh pandai tukang. batik lukis juga dikenali sebagai batik canting atau batik conteng
Alat
1. Canting
2. Pemidang
3. Berus
4. Periuk
5. Kuali atau bekas
6. Dapur
Bahan
1. Kain putih (jenis kain kapas)
2. Campuran lilin
3. Bahan pewarna
4. Bahan pemati warna (fixer)
5. Debu soda
peralatan dan bahan yang diperlukan
canting digunakan untuk melukis lilin panas ke
permukaan kain sebelum diwarnakan
Teknik dan Proses
1. Kain dibersih dan dikeringkan
2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu
3. Motif dan
corak dilakarkan dengan pensel di atas permukaan kain
4. Bahan
campuran lilin dipanaskan sehingga cair
5. Canting
digunakan untuk mengisi lilin cair dan melakarkan corak pada kain
6. Berus
digunakan untuk untuk menyapu warna mengikut gubahan warna yang telah
ditetapkan
7. Kain yang
telah siap diwarnakan dibiarkan kering
9. Kain direbus dalam campuran air dan debu soda
10. Kain dicuci, dibilas kemudian dijemur ditempat redup atau digosok sehingga kering
Kekemasan dan Persembahan
1. Garisan lilin kemas dan tidak putus-putus
2. Sambungan garisan tidak ketara
3. Tiada kesan lilin
4. Warna tidak bertelau-telau
5. Warna motif dan latar bersesuaian
6. Aliran corak harmoni dan seimbang
7. Mempunyai nilai dan identiti sendiri








Tidak ada komentar:
Posting Komentar